Home Tempatan Gerun kebenaran Dr Zakir Naik

Gerun kebenaran Dr Zakir Naik

SHARE
Sheikh Hussain Yee

SHAH ALAM – Pendakwah antarabangsa, Sheikh Hussain Yee berkata, setiap hujah yang dikeluarkan oleh pendakwah dari India, Dr Zakir Naik adalah berdasarkan rujukan dan dalil.

Beliau yakin, Zakir tidak melakukan sebarang kesalahan seperti didakwa oleh sesetengah pihak.

“Saya mengenali beliau sejak 2006 lagi. Semasa beliau merasmikan saluran Peace TV, saya ada bersama-samanya.

“Sehingga hari ini, hubungan kami masih rapat dan sepanjang saya mengenalinya, saya tidak pernah melihat beliau menyerang pihak lain, sebaliknya menyampaikan dalil-dalil yang sahih,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau bersetuju cadangan pertemuan atau perbincangan diadakan di antara Zakir dengan pihak yang menentangnya.

“Tidak ada alasan mengapa kita tidak boleh berbincang mengenai perkara yang melibatkan pertikaian atau tidak ada persefahaman,” katanya.

Sinar Online

Comments