Home Tempatan Gerakan kesederhanaan global perlu tangani Islamophobia

Gerakan kesederhanaan global perlu tangani Islamophobia

SHARE
Pengasas Global Compass, Jean Christopher Bas ketika berucap di Syarahan " The Rise of Islamophobia dan The Conflict of European Identity" di Putrajaya. NSTP/FARIZ ISWADI ISMAIL

PUTRAJAYA: Pergerakan kesederhanaan global perlu diwujudkan untuk memupuk kesederhanaan dan menangani Islamophobia, kata pengasas dan ketua pegawai eksekutif The Global Compass, Jean-Christophe Bas (JC Bas).

Beliau menarik perhatian mengenai pentingnya peranan Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) sambil berkata kewujudan pergerakan kesederhanaan harus menjangkaui ahli politik dan kerajaan. ”

Justeru, adalah perlu seluruh dunia hari ini mempunyai rakyat, organisasi dan individu yang bersedia untuk menampilkan ciri-ciri kesederhanaan, saling menghormati dan mengamalkan toleransi,” katanya.

Ketika menyampaikan Syarahan Keunggulan mengenai “Kebangkitan Islamofobia dan Konflik Identiti Eropah” di sini hari ini, JC Bas berkata kaji selidik pada 2016 menunjukkan bahawa persepsi masyarakat terhadap Islam di Eropah semakin buruk dengan 47 peratus rakyat Perancis dan 43 peratus warga Jerman menganggap Islam sebagai ancaman.

“Inilah sebab mengapa ia penting untuk menggerakkan organisasi seperti GMMF dan organisasi yang bercirikan kesederhanaan di seluruh dunia untuk melakukan apa yang perlu meneruskan perdebatan dan perbincangan antara budaya,” katanya.

The Global Compass ialah sebuah organisasi yang memperjuangkan respon dan dasar inovatif untuk mencegah fahaman radikalisme.

JC Bas berkata, realiti hari ini tidak banyak berkisar kepada Islamophobia tetapi kebimbangan mengenai keganasan dan fahaman radikalisme.

“Pengganas menggunakan nama Islam tetapi mereka bukan sebenarnya pendukung dan penganjur budaya Islam.

“Sebab itulah saya berpendapat bahawa adalah penting untuk umat Islam dan wakil komuniti Islam untuk mengutuk serangan keganasan dan menyatakan bahawa ia tidak ada kaitan dengan Islam,” katanya.

Idea mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York pada September 2010. – BERNAMA

Berita Harian

Comments