Home Tempatan Genetik, Disiplin & Sains Panjangkan Umur Tun M

Genetik, Disiplin & Sains Panjangkan Umur Tun M

SHARE

Jika bukan kerana kemajuan sains dalam bidang perubatan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau mungkin sudah meninggal dunia ketika beliau mengalami serangan jantung pertama pada tahun 1989 sewaktu berusia 64 tahun.

“Sebelum ada pakar bedah jantung, saya tidak akan bertahan. Saya akan meninggal dunia pada saat serangan jantung pertama itu.”

“Sebelum ini, jika kamu membuka dada, kamu akan mati kerana paru-paru akan rosak,” kata Mahathir dalam program Astro Awani yang turut menampilkan doktor yang mengetuai pasukan pakar bedah yang menyelamatkannya, Dr Yahya Awang.

Tambah Tun Dr Mahathir lagi yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-93, mujurlah ada kemajuan sains perubatan seperti mesin jantung dan paru-paru yang membantunya terus bertahan untuk hidup.

Sementara itu, Tun Mahathir dan Dr Yahya Awang, pakar jantung yang membedah Dr Mahathir sebelum ini, turut menyifatkan usia panjang perdana menteri disebabkan campuran faktor genetik dan disiplin Perdana Menteri itu.

Comments