Home Tempatan Gendang Cina masa solat: Kariah nasihat jangan ulang

Gendang Cina masa solat: Kariah nasihat jangan ulang

SHARE

Tindakan matang dan pantas masyarakat setempat di Sungai Pinang berjaya mengelakkan konflik antara kaum atau agama tercetus di situ.

Ia berpunca daripada insiden sekumpulan orang Cina berarak dengan pukulan gendang ketika jemaah Masjid Maqbul sedang mengerjakan sembahyang Isyak pada 11 Okt lalu.

Keadaan itu menimbulkan kemarahan penduduk Islam setempat dan menganggapnya sebagai sesuatu yang sangat tidak wajar.

Semakan internet pula menunjukkan kumpulan berkenaan bukan berarak, sebaliknya memukul gendang dengan kuat di depan masjid terbabit dan berada di situ untuk beberapa ketika.

Bagaimanapun menurut portal ismaweb tindakan pantas anggota jawatankuasa masjid berkenaan mengadakan perbincangan dengan kumpulan terbabit kemudian berjaya meredakan keadaan.

Isu itu kemudian dilaporkan selesai secara baik.

Rakaman ringkas pertemuan itu juga dikongsi beberapa individu melalui media sosial sejak semalam.

Elak kata biadab

Dalam pertemuan berkenaan Pengerusi Kariah Masjid Maqbul yang hanya dikenali sebagai Haji Elias menjelaskan keadaan yang terjadi pada malam sebelumnya tidak wajar.

Dia juga menasihati kumpulan terbabit atau mana-mana pihak supaya mengelak daripada mengganggu agama serta kaum lain.

“Masyarakat Sungai Pinang ini terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.

“Saya menasihati supaya perkara ini tidak berulang lagi dan setiap kaum perlu menghormati agama masing-masing agar tidak terjadi pergaduhan.

“Kita tak mahu kata (apa yang berlaku itu) biadab… (cuma) kita kata tersilap.

“Apabila tersilap, kita jangan buat ganggu-gugat lagi di masa-masa akan datang,” katanya kepada dua lelaki dipercayai keturunan Cina yang duduk bersama sekumpulan penduduk setempat.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments