Home Tempatan Gelandangan Dipenjara 80 Tahun, Disebat 110 Akibat Rogol Anak Sendiri

Gelandangan Dipenjara 80 Tahun, Disebat 110 Akibat Rogol Anak Sendiri

SHARE

KUALA LUMPUR: Seorang gelandangan berusia 38 tahun dipenjara 80 tahun dan 110 sebatan selepas didapati bersalah kerana merogol anaknya berusia 16 tahun di ibu negara, Ogos lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Datin M. Kunasundari menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas 11 pertuduhan rogol dan satu pertuduhan melakukan seks oral terhadap anak perempuannya itu antara 27 Ogos hingga 7 September tahun ini.

Bagi sembilan pertuduhan rogol yang dilakukan antara 27 Ogos hingga 5 September, tertuduh dikenakan hukuman 60 tahun penjara dan 90 sebatan.

Bagi dua lagi pertuduhan rogol dan satu pertuduhan seks oral antara 28 Ogos hingga 7 Sept, tertuduh dijatuhi hukuman 20 tahun penjara dan 20 sebatan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Lorong Haji Taib, di sini, pertuduhan adalah mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi tuduhan rogol yang memperuntukkan hukuman maksimum 30 tahun penjara dan 10 sebatan. – BERNAMA

mStar

Comments