Home Tempatan Gejala Sosial; Petanda Hubungan Allah SWT Dengan Masyarakat Terputus

Gejala Sosial; Petanda Hubungan Allah SWT Dengan Masyarakat Terputus

SHARE

Tumpat, Kelantan: Permasalahan dan ancaman-ancaman baru yang dihadapi oleh umat Islam dewasa ini mungkin berpunca dengan terputusnya hubungan umat masa kini dengan Allah SWT, demikian penegasan yang dibuat oleh Tuan Guru Wan Rosli Bin Wan Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Baba Li ketika menyampaikan tazkirah di Deklarasi Ijtima’ Penegasan Kedaulatan Islam 2018 (DIPKI 2018) yang berlangsung di Maktab Rendah Sains MARA, Tumpat, kelmarin.

“Kerana umat ini telah putus hubungannya dengan Allah SWT, punca kepada inilah segala masalah berlaku.”

7 Tuntutan Kedaulatan Islam
Beliau menyatakan sebegitu kerana menurutnya, perkara ini adalah akibat ajaran ulama-ulama yang terdahulu yang menegakkan aqidah yang sahih telah ditinggalkan.

“Sebelum ini tidak kedengaran isu seperti gay, murtad dan isu-isu lain yang tidak kita dengari dahulu adalah akibat kita meninggalkan pesaka-pesaka alim ulama terdahulu. Pesaka mereka tidak lain tidak bukan adalah Islam. Islam tertegak dengan aqidah yang sahih.”

Dalam pada itu, Baba Li turut menegaskan bahawa apa yang sedang berlaku ini adalah diakibatkan oleh amalan yang melibatkan perkara-perkara yang tidak membawa keberkatan.

“Apa yang berlaku di negara ini adalah benda-benda yang tidak membawa keberkatan dan bukan benda yang membawa kepada keberkatan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa asal gelaran “Serambi Mekah” yang diberikan kepada negeri Kelantan adalah kerana alim-ulama yang menuntut di Mekah dan kemudiannya kembali mengajar rakyat di negeri Kelantan berkenaan Islam.

“Bahawa negeri Kelantan yang digelar “Serambi Mekah” kerana ramainya alim ulama yang belajar di Mekah dan mengajarkan ilmu yang mereka belajar itu di Kelantan sehingga Kelantan dikenali sebagai Serambi Mekah.”

Akhir kalam, Baba Li turut mengingatkan masyarakat supaya mengambil langkah yang bijak demi mengelakkan masalah-masalah yang sedang berlaku sekarang ini daripada terus berlaku pada masa hadapan.

“Kerana apa yang telah kita lihat dan dengar tadi adalah masalah-masalah yang telah berlaku, dan kalau tidak mengambil langkah-langkah yang bijak, ianya akan terus berlaku di negeri kita dan melibatkan anak-anak kita, cucu-cucu kita dan melibatkan semua sekali.”

 

Comments