Home Tempatan Gegar Vaganza, Aisyah Bawa Mesej Parti Amanah?

Gegar Vaganza, Aisyah Bawa Mesej Parti Amanah?

SHARE

Kuala Lumpur: Penyanyi terkenal Aishah yang menduduki tangga teratas dengan 96% markah penjurian dalam minggu pertama pertandingan nyanyian Gegar Vaganza musim ke-4 ‘mendapat’ lampu hijau daripada parti politik Amanah yang disertai beliau setelah dikatakan meninggalkan PAS.

Semalam sebuah portal atas talian melaporkan Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir dikatakan mengalu-alukan penyertaan penyanyi tersebut dalam program Astro malah akan diminta untuk membuat persembahan dalam acara-acara parti kelak.

Malah beliau juga menyatakan bahawa penyertaan itu mendapat sokong pimpinan parti Amanah.

“Jika tempatnya bersesuaian, kita minta juga beliau menyampaikan nyanyian dan sebagainya.”

“Parti juga tidak pernah menghalang dan perkara itu tidak boleh disekat sebab itu hak asasi beliau,” katanya lagi.

Aishah sebelum ini pernah ditewaskan oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan ketika bertanding di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau juga pernah mendakwa dirinya dipinggirkan oleh industri muzik tempatan kerana keterlibatannya dalam parti politik pembangkang.

Comments