Home Antarabangsa Gaza ‘bandar lelaki cacat’

Gaza ‘bandar lelaki cacat’

SHARE

GELAGAT lelaki yang cedera dan cacat adalah sebahagian daripada landskap bandar di Palestin. Mereka bukan hanya mudah di lihat di hadapan hospital, tetapi juga di jalanan dan pasar.

Populariti pemandangan itu turut menjadikan alatan besi perubatan yang digunakan untuk menstabilkan tulang patah atau cedera pada lelaki berkenaan disebut sebagai ‘kaki Gaza’.

Suasana sedemikian diakui penyelaras kesihatan Gaza untuk Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Dr. Gabriel Salazar.

“Terdapat lebih daripada 1,300 orang dengan komplikasi kesihatan akibat kecederaan, manakala kira-kira 400 orang mengalami kecacatan sementara atau kekal,” katanya.

Keganasan meningkat di kawasan sempadan Gaza sejak akhir Mac lalu itu mengakibatkan berpuluh-puluh kematian dan ribuan cedera, majoritinya terkena peluru hidup.

Hospital-hospital di Gaza kini telah mencapai had kapasiti mereka. Kakitangan perubatan selalu menghadapi dilema sama ada membenarkan pesakit keluar awal walaupun belum pulih sepenuhnya atau tidak mempunyai ruang untuk menerima pesakit yang baharu.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

 

Comments