Home Tempatan Gangguan dot my: Hati-hati layari perbankan internet

Gangguan dot my: Hati-hati layari perbankan internet

SHARE

Disebabkan gangguan pada domain dot (.) my pada hujung minggu ini, pengguna laman web perbankan dalam talian Malaysia dinasihatkan supaya berhati-hati mengemukakan butiran penting maklumat peribadi.

Laporan di Lowyat.net mengatakan pelayan DNS yang mengendalikan nama domain dot (.) my nampaknya telah dimatikan taliannya (offline) sejak semalam dan ini mempengaruhi semua laman web domain dot (.) my.

Walaupun sesetengah laman web masih berfungsi menerusi penyertaan entri cache DNS, laman web dengan domain dot (.)  my ini akan menjadi tidak dapat diakses selapas cache berakhir.

“Kebanyakan laman perbankan dalam talian di Malaysia dihoskan di domain (.com.my), sehingga isu ini dapat diselesaikan, kami menasihatkan sangat berhati-hati apabila mengemukakan maklumat penting anda ke mana-mana perkhidmatan dalam talian yang dihoskan di nama domain (.com.my) dan (.my),” kata laporan itu.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Malaysiakini

Comments