Home Tempatan Gangguan bekalan air musim raya di Terengganu

Gangguan bekalan air musim raya di Terengganu

SHARE
Antara kawasan yang terjejas adalah Taman Ehsan, Taman Desa Jaya dan Kampung Kepong Ulu.

KUALA TERENGGANU 14 Jun. – Sebanyak 46 kawasan penempatan daerah ini dan Kuala Nerus dijangka mengalami gangguan bekalan air dan tekanan rendah berikutan peningkatan mendadak penggunaan serentak pada musim sambutan perayaan Aidilfitri.

Gangguan itu akan memberi kesan kepada 7,000 buah rumah melibatkan kira-kira 22,300 penduduk bagi kedua-dua kawasan

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu), Ir. Atemin Sulong menjangkakan gangguan akan berterusan dalam tempoh empat atau lima hari.

Bagi Kuala Terengganu kawasan yang terlibat adalah Kampung Bukit, Kampung Surau Haji Daud, Kampung Surau Panjang, Kampung Tok Dir, Kampung Tok Pong, Kampung Tok Peh, Kampung Surau Haji Yaakob, Kampung Cendering, Kampung Kuala Ibai, Kampung Tok Adis, Kampung Padang Negara dan Kampung Mengabang Tengah.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments