Home Tempatan Gabungan Seribu NGO Gesa DAP Hentikan Politik Kebencian

Gabungan Seribu NGO Gesa DAP Hentikan Politik Kebencian

SHARE

Gabung Johor, gabungan lebih seribu pertubuhan bukan kerajaan memberi amaran kepada parti DAP, khasnya, supaya menghentikan amalan menghina mana-mana pemimpin Islam dan Melayu dalam siri-siri ceramah mereka, demikian laporan sebuah portal tempatan kelmarin.

Sambil memberikan contoh calon DAP Nga Kor Ming yang didakwa telah menghina warna kulit Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan memanggil Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai “religious liar”, parti itu diberi kata putus bahawa, gabungan tersebut akan terus-menerus menolak dan menentang DAP dan barisan kepimpinannya selagi Nga Kor Ming tidak menghentikan penghinaannya.

7 Tuntutan Kedaulatan Islam
“As long as Nga continues with his insults, our organisation will aggressively go against the DAP and its leaders who are bent on racially polarising Malaysians.”

Gabungan Johor juga tidak lupa untuk memberi peringatan kepada semua terhadap insiden berdarah 13 Mei yang menurut mereka mungkin saja berlaku sekiranya penghinaan kepada kumpulan Islam dan Melayu, majoriti rakyat negara ini berterusan.

“Sebagai rakyat Malaysia kita haruslah bertanggungjawab dan berhenti daripada menghina bangsa atau agama seseorang hanya kerana berpolitik.”

Sebelum ini Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Datuk Ezaruddin Abd. Rahman dilaporkan berkata, DAP suka memperlekehkan orang Melayu.

“Kata-kata kesat yang selalu dilemparkan itu bukan sahaja untuk merendahkan orang Melayu, tetapi juga bertujuan untuk menghasut kaum lain membenci Melayu, sentimen ini sebenarnya sangat berbahaya kepada perpaduan rakyat secara keseluruhannya.”

“DAP sebenarnya penyebab berlakunya kerenggangan hubungan antara kaum hanya kerana mahu meraih keuntungan politik semata-mata.”

Dalam laporan yang berlainan pula, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, “Saya harap pengundi kita faham bahawa DAP mempropagandakan politik kebencian sedangkan dalam Islam dan mana-mana agama pun, semuanya bercakap soal kasih sayang antara satu sama lain.”

Comments