Home Tempatan Gabungan Gay Malaysia tak muncul di KBS

Gabungan Gay Malaysia tak muncul di KBS

SHARE
Suasana di pekarangan pintu masuk KBS kelihatan sunyi tanpa kehadiran penyokong golongan gay yang dikatakan mahu membuat perhimpunan aman di situ hari ini.

PUTRAJAYA – Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Gay Malaysia tidak muncul di hadapan Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini pagi ini.

Tinjauan Kosmo! sejak pukul 7.30 hingga 10 pagi mendapati tiada seorang pun ahli gabungan itu yang kelihatan atau berhimpun di pekarangan Menara KBS atau kawasan sekitarnya.

Sejak malam tadi, tular di laman sosial yang mengatakan satu perhimpunan aman akan diadakan oleh gabungan berkenaan sebagai tanda bantahan terhadap tindakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang tidak mengakui telah melantik seorang pegawai khas daripada golongan gay.

Dalam mesej itu menyatakan bahawa perhimpunan akan diadakan di hadapan pekarangan Menara KBS pada pukul 8 pagi ini.

Jumaat lalu, Syed Saddiq menafikan dakwaan beliau melantik seorang pejuang golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual  (LGBT) untuk memegang jawatan di kementerian itu.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments