Home Tempatan Feminisme Dakwa Peranan Wanita Sebagai Ibu, Isteri Tak Penting: Dr Hazlin Chong

Feminisme Dakwa Peranan Wanita Sebagai Ibu, Isteri Tak Penting: Dr Hazlin Chong

SHARE

BANGI, 28 Rabiulawal 1439H, Ahad – Institusi rumah tangga akan runtuh sekiranya ideologi feminisme dibiarkan berleluasa.

Hal ini kerana antara seruan feminisme ialah menghapuskan peranan asal lelaki dan wanita (gender role).

Pembentang tajuk ‘Women’s Right: With or Without Feminism’ di persidangan wanita IMEC 2017, Dr Nur Hazlin Hazrin Chong berkata, feminisme membawa impak negatif kepada institusi keluarga dan masyarakat dan ia wajar disekat.

“Peranan wanita di rumah sebagai ibu, isteri dan pengurus rumah tangga, suami sebagai ketua keluarga ini, mahu dirungkai oleh golongan feminis.

“Mereka kata wanita bekerjaya tak perlu lagi berperanan sebagai ibu dan isteri di rumah. Apabila ini berlaku, kita akan lihat kesan negatif terhadap keluarga itu sendiri.

“Masalah sosial akan berlaku, zina dan pornografi berleluasa, anak-anak akan terabai dan masyarakat sendiri akan rugi,” katanya yang juga Pengerusi Pusat Dakwah dan Kecemerlangan Islam Peace (PEACE) kepada Ismaweb semalam.

Dr Hazlin dalam pembentangannya kepada 250 peserta sebelum itu menyentuh sejarah perkembangan feminisme khususnya di Malaysia dan isu-isu semasa yang berkaitan hak wanita dan feminisme.

Katanya lagi, Barat mempunyai kerangka hak asasi manusia dan hak wanita tersendiri yang sesetengahnya bercanggah dengan hukum Islam.

“Mereka (Barat) merujuk kepada Universal Declaration of Human Rights (UDHR). Kita sebagai orang Islam menghadapi konflik apabila sesetengah perkara berlawanan dengan syarak.

“Contohnya, kebebasan bergerak ke sana sini bagi wanita. Freedom of movement. Mereka kata wanita bebas bergerak. Islam kata, boleh, tapi mesti ada izin suami.

“Apabila konflik ini berlaku, kita perlu mengutamakan hukum Islam. Tak perlu lagi menggunakan instrumen yang digunakan Barat,” katanya.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments