Home Tempatan Fatwa Sesat, Tidak Halang Ahmadiah Promosi Diri

Fatwa Sesat, Tidak Halang Ahmadiah Promosi Diri

SHARE

Kuala Lumpur: Komuniti Ahmadiah tempatan menyambut tahun baru 2018 dengan mengambil bahagian membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan oleh khalayak yang menyertai sambutan tahun baru 2018 di ibu negara dua hari lalu, demikian menurut laporan The Malay Mail Online.

Jurucakap komuniti berkenaan, Haniff Jahari berkata, ini merupakan kali pertama mereka membersihkan kawasan KLCC pada malam tahun baru di mana mereka mula membersihkannya sejam sebelum pekerja pembersihan KLCC tiba di sana.

“Kami berasa gembira kerana dapat meringankan beban (pekerja pembersihan) dan ianya seperti satu aktiviti yang berbeza daripada cara remaja lain menyambut tahun baru.”

Tambah Haniff lagi, seramai 24 orang sukarelawan daripada Majlis Khuddamul Ahmadiyya (MKAM) telah mengambil bahagian dalam aktiviti membersihkan sampah pada hari tersebut di mana mereka mula membersihkan kawasan KLCC sejam sebelum pekerja pembersihan tiba.

Sebelum ini selama beberapa tahun berturut-turut komuniti Ahmadiah di Malaysia dengan bantuan jaringan luar negara mereka telah mengadakan beberapa simposium di Malaysia yang dihadiri oleh ramai para pelajar daripada universiti-universiti tempatan.

Sebelum ini pada Oktober 2016 sebuah simposium antarabangsa yang bertajuk ‘Peace Symposium: The Relationship Between Peace And Religion’, dipenuhi dengan tokoh liberal, sekular dan bukan Muslim yang cuba mengajar Muslim atau Malaysia menjadi lebih sekular.

Komuniti Ahmadiah telah difatwakan sesat di Malaysia seawal tahun 1975 lagi.

Comments