Home Tempatan Fatwa: Bukan Islam jangan masuk campur

Fatwa: Bukan Islam jangan masuk campur

SHARE
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

SHAH ALAM – Pas hari ini memberi amaran kepada DAP supaya tidak mencampuri proses fatwa.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, campur tangan sebuah kerajaan khususnya yang diketuai oleh bukan Islam terhadap fatwa adalah satu penghinaan terhadap agama Islam.

“Kami mahu kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menterinya, Lim Guan Eng supaya tidak lagi campur tangan dalam urusan fatwa-fatwa negeri sebagaimana berlaku sebelum ini melibatkan fatwa penggunaan kalimah ALLAH dan lain-lain.

“Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri P.Pinang) 2004 jelas menuntut fatwa negeri Pulau Pinang terus dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam Pulau Pinang dan bukannya kepada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Guan Eng terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Md Salleh Ahmad semalam mengakui berlaku campur tangan kerajaan negeri dalam proses penfatwaan seperti yang dibangkitkan Pas Pulau Pinang sebelum ini.

Katanya, ada arahan daripada Exco Agama Islam, Datuk Abdul Malik Kassim pada 2010 berhubung fatwa kalimah ALLAH yang telah digazetkan.

Menurutnya, Abdul Malik meminta supaya perkara itu dibincangkan semula agar keputusan Jawatankuasa Fatwa selari dengan pendirian kerajaan negeri pimpinan DAP ketika itu yang tidak bersetuju dengan fatwa kalimah ALLAH.

Menurut beliau, perkara seumpama ini tidak sepatutnya boleh dipandang ringan oleh umat Islam seluruh negara.

“Kenyataan bekas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, Datuk Md Salleh Ahmad  yang mendakwa berlaku campur tangan ada fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang yang tidak dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong kerana campur tangan politik adalah sesuatu yang berat dan serius.

“Ia jelas melibatkan campur tangan politik kerajaan DAP dalam proses fatwa yang mungkin tidak sehaluan dengan pendirian kerajaan negeri,” katanya lagi.

Sinar Online

Comments