Home Tempatan Fasih bahasa Indonesia tidak mengurangkan kecinaan Saya!-Pelajar Heriot-Watt University Putrajaya

Fasih bahasa Indonesia tidak mengurangkan kecinaan Saya!-Pelajar Heriot-Watt University Putrajaya

SHARE

Cyberjaya: Kefasihan dalam berbahasa Indonesia tidak sekali-kali mengurangkan identiti sesuatu etnik. Ianya juga tidak menjadi batu penghalang untuk menafikan kecinaan seseorang.

Itulah pandangan yang dilontarkan oleh salah seorang pelajar Indonesia yang ditemuramah wartawan Menara berkenaan dengan isu fasih berbahasa kebangsaan yang tidak pernah menjadi isu di Indonesia.

Ronaldo Putra berpendapat “Walaupun satu bahasa terutama angkatan anak muda, tetapi ianya tidak menafikan rencam budaya yang sedia ada di Indonesia. Tidak sama sekali.”

Beliau dan sahabat, Martinus Yugisthira Sugoyono yang sedang menjalani kursus ijazah pertama dalam bidang Kejuruteraan Petroleum di Heriot-Watt University Malaysia menceritakan perihal kejayaan negara mereka dalam menyatu-padukan rakyatnya dibawah dasar satu bahasa dan satu sekolah. Sesuatu yang masih sukar dicapai di Malaysia.

“Di Indonesia, kita tidak ada isu bangsa kerana kita ada satu bahasa. Tetapi di sini saya lihat semuanya suka berpuak-puak. Cina sama Cina. India sama India dan Melayu sama Melayu,” kata Martinus Yugisthira Sugoyono membuka bicara.

“Bahasa penting, kerana dengan satu bahasa, kita mampu berbicara dengan lebih baik dan akhirnya kita lebih akrab antara satu sama lain.”

“Ya, kalau mahu belajar bahasa apapun biasa saja, seperti bahasa Jerman saja kurang setahun sudah mampu untuk dikuasai. Masakan kamu membesar selama 20 tahun tetapi tidak mampu berbahasa kebangsaan. Ini saya lihat banyak berpunca daripada masalah sikap,” tegas Martinus Yugisthira Sugoyono lagi.

Comments