Home Tempatan Farid Kamil ditahan tampar polis

Farid Kamil ditahan tampar polis

SHARE

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya sebentar tadi.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, selebriti berusia 36 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara.

“Ujian air kencing sedang dijalankan bagi menentukan sama ada dia di bawah pengaruh dadah,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. – UTUSAN ONLINE

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments