Home Tempatan Faktor IS berminat rekrut pengawal keselamatan Malaysia

Faktor IS berminat rekrut pengawal keselamatan Malaysia

Beberapa kejadian ngeri membabitkan pengawal keselamatan yang diupah menjaga keselamatan boleh berpakat dengan mana-mana kumpulan pengganas, apatah lagi IS yang mahu merekrut mereka.

SHARE

PETALING JAYA: Mereka dibayar untuk menjaga keselamatan dan dilengkapi senjata api.

Mereka juga dibenarkan memasuki kawasan paling dilindungi di Malaysia, malah bahagian kokpit pesawat komersial.

Pemeriksaan latar belakang? Ia adalah lawak jika mereka tidak berbahaya.

Berikut beberapa kejadian mengerikan membabitkan pengawal keselamatan di negara ini:

  • Minggu lalu, polis menahan 3 suspek dikaitkan dengan IS, dengan 2 daripada mereka adalah pengawal keselamatan bersenjata untuk 2 syarikat berlainan yang ditahan di Kuantan. Seorang daripadanya bekerja di Malaysia Airlines Berhad dan dibenarkan memasuki kokpit pesawat serta kawasan lain paling dilindungi.
  • Bulan lalu, seorang pekerja sebuah syarikat pengawal keselamatan yang dilengkapi sepucuk pistol, cuba merompak sebuah bank di Sungai Petani.
  • Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Taiping menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Mohd Hafizuddin Zainal Abidin kerana pengawal keselamatan syarikat Safeguards G4S Sdn Bhd itu merompak wang tunai berjumlah lebih RM1.2 juta milik majikannya dan menembak mati rakan sekerjanya berusia 28 tahun.
  • Jun tahun lalu, seorang pengawal keselamatan ditahan ketika polis menyiasat kejadian 5 lelaki bertopeng meletupkan 2 mesin ATM dan mengeluarkan kotak besi berisi wang tunai di sebuah bank dekat Kota Kinabalu, dalam tempoh kurang daripada 10 minit.
  • Mei tahun lalu, 60 pengawal keselamatan warga asing yang tidak mempunyai sebarang dokumen adalah antara 92 pengawal ditahan dalam operasi khas di Lembah Klang. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hamid Mohd Ali berkata, pasukannya menjalankan 815 pemeriksaan ke atas pengawal keselamatan di pelbagai lokasi, termasuk sekolah, pusat beli-belah, bank, kedai emas, pengurup wang, kawasan perumahan dan tapak pembinaan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang dipetik New Straits Times hari ini berkata, syarikat pengawal keselamatan perlu menjalankan penapisan lebih ketat ke atas pengawal keselamatan.

Katanya, pengawal keselamatan di Malaysia adalah sasaran utama dalam senarai rekrut IS kerana syarikat keselamatan tidak begitu teliti dalam proses penapisan pengambilan pengawal keselamatan.

Beliau berkata, syarikat keselamatan tidak boleh hanya bergantung kepada pemeriksaan biasa, sebaliknya mereka perlu memeriksa latar belakang pemohon untuk melihat jika mereka mempunyai rekod jenayah.

Dalam laporan sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, syarikat pengawal keselamatan perlu memastikan pekerja mereka ditapis dengan teliti sebelum mengerahkan mereka bertugas di kawasan berisiko tinggi.

Beliau turut memberi amaran akan membatalkan lesen syarikat pengawal keselamatan yang melanggar peraturan ditetapkan kerajaan.

Free Malaysia Today

Comments