Home Tempatan Fahami erti takwa sepenuhnya

Fahami erti takwa sepenuhnya

SHARE

ARAFAH 01 September – Kekuatan sebuah negara akan hanya ada di puncak tertinggi apabila perpaduan dan kesatuan itu dijaga sebaiknya serta mengikut apa yang disabdakan Nabi Muhammad saw dalam khutbah wada’ di Arafah ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Arafah ini memperingatkan kita bagaimana jatuh dan bangunnya sesuatu kerajaan Islam dan perlu muhasabah bahawa semua perkara itu berlaku disebabkan diri kita sendiri.

“Asas yang paling penting adalah persaudaraan dan penyatuan. Jika umat Islam masih mudah diperkotak-katikkan oleh musuh, bukan kerana musuh itu kuat tetapi kerana umat Islam tu lemah,” katanya dalam sebahagian khutbah Arafah yang diucapkan di hadapan jemaah haji Malaysia pada hari wukuf di sini hari ini.

Hadir sama, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Zainol Rahim Zainuddin; Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah;

Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan beberapa Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

UTUSAN ONLINE

Comments