Home Tempatan Fahaman songsang turut disiasat di Pulau Besar

Fahaman songsang turut disiasat di Pulau Besar

SHARE

MELAKA 24 Jan. – Ke­giatan yang meragukan di Pulau Besar bukan sahaja disiasat bagi menentukan sama ada berlakunya amalan khurafat, malah beberapa kumpulan yang di­khuatiri menjalankan aktiviti fahaman songsang sedang diteliti pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Datuk Rahimin Bani berkata, pihak­nya mendapati beberapa kumpulan telah menggunakan ka­wasan di Pulau Besar bagi tujuan bertapa dan beramal, dikhuatiri terjebak dengan fahaman bertentangan agama Islam.

“Kami juga sedang memantau kegiatan kumpulan yang bersuluk di Pulau Besar kerana bimbang mereka ini terjebak dengan fahaman songsang. Mereka bertapa dan beramal di dalam khemah serta ada juga kumpulan lain menggunakan kawasan hutan di situ yang meragukan.

“Siasatan menye­luruh (amalan khurafat dan fahaman songsang) akan dilakukan termasuk me­mohon ulasan agensi lain. Misalnya kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) berhubung haiwan hidup yang dibawa secara bebas dan proses penyembelihan tidak terurus,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Kelmarin, laporan khas Utusan Malaysia mendedahkan kegiatan yang meragukan di Pulau Besar yang dilihat masih lagi berterusan meskipun sebelum ini kerajaan negeri telah memberi amaran keras terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menghentikan perbuatan seumpama itu di kawasan tersebut.

Tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapati terdapat beberapa perbuatan yang tidak menjadi amalan dalam kalangan masyarakat negara ini terutama bagi mereka yang beragama Islam telah berlaku.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

UTUSAN ONLINE

Comments