Home Tempatan Faham, cakna kedudukan undang-undang keluarga Islam

Faham, cakna kedudukan undang-undang keluarga Islam

SHARE
Foto Hiasan

Umur minimum

Berdasarkan undang-undang keluarga Islam negeri di Malaysia, umur minimum perkahwinan bagi lelaki 18 tahun, manakala wanita ialah 16 tahun. Penetapan ini berdasarkan prinsip ‘siyasah syariah’ (undang-undang pentadbiran Islam) bagi menjaga kepentingan pihak yang berkahwin.

Ia juga melindungi gadis bawah umur yang boleh dinikahkan wali mujbir menurut Mazhab Syafie dengan syarat tertentu. Tujuan peruntukan ini juga bagi memastikan bakal pengantin mencapai peringkat matang untuk memikul tanggungjawab rumah tangga dari segi psikologi dan fizikal.

Johor negeri terawal menetapkan umur minimum untuk berkahwin. Ini boleh dirujuk kepada Fasal 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments