Home Antarabangsa Facebook senarai hitam sami dan kumpulan pelampau Buddha

Facebook senarai hitam sami dan kumpulan pelampau Buddha

SHARE

FACEBOOK menyenaraihitamkan sekumpulan pelampau Buddha Myanmar, termasuk para sami yang terkenal dengan ucapan kebencian terhadap orang Islam Rohingya, kata syarikat itu hari ini, ketika ia cuba menangani kandungan bersifat hasutan.

Syarikat media sosial itu memainkan peranan luar biasa di negara yang baru-baru ini aktif secara dalam talian dan menawarkan 18 juta akaun di kalangan penduduknya yang berjumlah sekitar 50 juta orang.

Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengatakan Facebook seolah-olah muncul sebagai “binatang” di negara ini dan ucapan benci dan hasutan terhadap keganasan kepada etnik Rohingya berleluasa di laman sesawang.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments