Home Tempatan Exco: Terengganu rangka Dasar Pelancongan tak tekan pelancong bukan Islam

Exco: Terengganu rangka Dasar Pelancongan tak tekan pelancong bukan Islam

Exco Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, dasar itu bertujuan memberi ruang secukupnya kepada pelancong bukan Islam menikmati keindahan negeri itu tanpa rasa bimbang.

SHARE
Mohd Nor Hamzah berharap golongan yang mahu melihat perubahan dalam sekelip mata, tidak menganggap kerajaan negeri mengabaikan peraturan dan keindahan adab. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kerajaan Terengganu pimpinan PAS sedang menyiapkan Dasar Pelancongan Negeri yang tidak drastik atau menekan pelancong bukan Islam supaya mereka mempunyai ruang secukupnya untuk melawat negeri itu tanpa rasa bimbang.

Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah berharap golongan yang mahu melihat perubahan dalam sekelip mata, tidak menganggap kerajaan negeri mengabaikan peraturan dan keindahan adab.

“Dan golongan kedua yang mahu memburukkan kerajaan negeri supaya bertindak seperti kerajaan ala Taliban. Kerajaan negeri akan mendahului sikap toleransi dan dialog. Kerajaan akan bergerak dengan dakwah dan pembangunan insan akan diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Free Malaysia Today

Comments