Home Tempatan Etnik Uighur senasib Rohingya?

Etnik Uighur senasib Rohingya?

SHARE

SEJAK beberapa minggu lalu, laporan mengenai etnik Uighur ditahan secara besar-besaran oleh pihak berkuasa China di wilayah autonomi Xinjiang memenuhi dada akhbar.

Kisah diskriminasi terhadap etnik Uighur yang kebanyakannya merupakan penganut agama Islam itu bukanlah satu cerita baharu, bahkan sudah diketahui umum sejak sekian lama.

Antara bentuk penindasan yang dilakukan oleh Beijing terhadap etnik minoriti itu terma­suklah menutup banyak masjid di Xinjiang, mengenakan sekatan keluar, mengawal jumlah populasi mereka serta yang terbaharu, penduduk Uighur didakwa ditahan dalam beberapa kem tahanan secara besar-besaran.

Beijing sehingga hari ini ber­keras bahawa kem tahanan yang diwujudkan bertujuan ‘mendidik’ etnik Uighur yang terlibat dalam jenayah kecil dan bukannya menindas dan menghalang mereka daripada mengamalkan kebebasan beragama.

Biarpun begitu, banyak pihak terutamanya agensi hak asasi manusia melahirkan kebimbangan berhubung hal tersebut yang disifatkan tidak adil dan menyekat hak mereka sebagai penduduk.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments