Home Antarabangsa Erdogan pertahan Ikhwanul Muslimin Mesir bukan kumpulan pengganas

Erdogan pertahan Ikhwanul Muslimin Mesir bukan kumpulan pengganas

SHARE

RIYADH, 21 Jamadilawal 1438H, Sabtu – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, mempertahan Ikhwanul Muslimin Mesir, yang menerima tekanan antarabangsa baru-baru ini, terutama daripada Amerika Syarikat (AS), yang meminta perkumpulan itu disenarai sebagai kumpulan pengganas.

Katanya, beliau tidak menganggap Ikhwanul Muslimin sebagai pertubuhan pengganas kerana ia bukan kumpulan bersenjata, sebaliknya sebuah organisasi ideologi.

“Tidak ada toleransi terhadap Ikhwanul Muslimin di Turki jika mereka mempunyi apa-apa kaitan dengan keganasan, dan kami tidak pernah melihat atau memerhati apa-apa tindakan mereka yang menunjukkan ke arah itu (keganasan),” katanya dalam temu bual dengan media Arab Saudi, Al-Arabiya, di Riyadh.

Menjawab soalan mengenai Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mempertimbangkan menyenarai hitam Ikhwanul Muslimin sebagai pertubuhan pengganas, Erdogan berkata:

“Secara peribadi, saya tidak menganggap Ikhwanul Muslimin sebuah organisasi pengganas kerana ia bukan kumpulan bersenjata, tetapi pada hakikatnya sebuah organisasi ideologi.”

Katanya, Ikhwanul Muslimin telah berpecah dan bergerak di beberapa tempat berbeza dan beliau tidak pernah melihat apa-apa aktiviti bersenjata oleh mereka.

“Jika ada, maka kefahaman saya terhadap mereka adalah sama dengan anggapan saya terhadap mana-mana kumpulan pengganas. Adalah tidak tepat jika melayan mereka sebagai kumpulan pengganas,” katanya.

Ditanya adakah Turki akan mengekstradisi pemimpin Ikhwanul Muslimin jika ada permohonan daripada negara yang menganggap mereka sebagai pertubuhan pengganas, Erdogan berkata:

“Kadang kala kami menerima permohonan ektradisi itu, tetapi kami bertanya kepada mereka yang membuat permohonan – adakah mereka (Ikhwanul Muslimin) kumpulan pengganas bersenjata? Adakah seseorang yang ada minta diekstradisi itu bertanggungjawab terhadap keganasan atau tindakan militan?,”. – Agensi

Comments