Home Antarabangsa Erdogan: 100 rakyat Syria terbunuh dalam serangan kimia

Erdogan: 100 rakyat Syria terbunuh dalam serangan kimia

Rusia menafikan presiden Syaria bertanggungjawab atas serangan itu.

SHARE

ANKARA: Serangan kimia di wilayah Idlib di barat laut Syria meragut 100 nyawa, kata Presiden Turki Tayyp Erdogan hari ini, tanpa menyatakan sumber jumlah kematian itu.

Berucap di satu himpunan di wilayah Bursa di barat laut Turki, Erdogan menggelar Presiden Syria Bashar al-Assad seorang “pembunuh”. Ankara sekian lama menjadi pengkritik lantang Assad dan menyeru penyingkiran beliau.

Negara Barat, terutamanya Amerika Syarikat, menyalahkan tentera Assad di atas serangan kimia semalam, yang membunuh ramai orang di pekan Khan Seikhoun, yang terletak dalam kawasan pemberontak di utara Syria.

Rusia, yang menyokong Assad, hari ini menafikan presiden Syria bertanggungjawab atas serangan itu, dan berkata akan terus menyokong beliau.

Free Malaysia Today

Comments