Home Antarabangsa Enggan Jabat Tangan, Wanita Muslim Dinafikan Kerakyatan Perancis

Enggan Jabat Tangan, Wanita Muslim Dinafikan Kerakyatan Perancis

SHARE

Paris, Perancis: Seorang wanita Muslim Algeria yang menetap di Perancis dinafikan kerakyatan Perancis selepas enggan berjabat tangan dengan para pegawai dalam Majlis Penyerahan Kerakyatan yang berlangsung pada bulan Jun 2016 yang lalu.

Kerajaan Perancis mendakwa salah satu sebab wanita Muslim tersebut dinafikan kerakyatan adalah kerana perbuatan tersebut menunjukkan dia tidak berasimilasi dalam komuniti Perancis.

Menurut Free Malaysia Today, keputusan yang baru diputuskan baru-baru ini datang daripada mahkamah pentadbiran tertinggi Perancis walaupun wanita berkenaan telah menyatakan sebab untuk tidak berjabat tangan adalah kerana kepercayaan agamanya melarang berjabat tangan dengan bukan mahram.

Susulan itu, wanita yang sudah berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Perancis sejak tahun 2010 itu merayu keputusan yang telah dibuat pada April 2017 lalu yang disifatkannya sebagai salah guna kuasa.

Dan Majlis Negara, mahkamah rayuan terakhir menyatakan bahawa kerajaan “tidak menggunakan undang-undang dengan sewajarnya”.

Comments