Home Tempatan Empat lelaki ditahan disyaki terlibat Daesh

Empat lelaki ditahan disyaki terlibat Daesh

SHARE

KUALA LUMPUR, 21 Ramadan 1438H, Jumaat – Empat lelaki disyaki anggota militan Daesh ditahan di Perak dan Sabah, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, empat suspek berkenaan adalah tiga warga Indonesia dan seorang rakyat Malaysia ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman pada Isnin dan Khamis lalu.

“Pada hari Isnin, kita menahan seorang lelaki warga Indonesia di Slim River, Perak. Ia diikuti penahanan tiga yang lain di Sandakan pada Khamis.

“Kita percaya ketiga-tiga mereka cuba mendapatkan laluan selamat ke bandar Marawi di selatan Filipina,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata, polis juga kini masih mencari suspek lain yang dipercayai terlibat dengan militan Daesh.

“Kita akan meningkatkan operasi terhadap unsur-unsur kegiatan keganasan,” katanya.

Comments