Home Tempatan Empat inisiatif percepat proses lulus sah halal

Empat inisiatif percepat proses lulus sah halal

SHARE

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelaraskan empat inisiatif bagi mempercepatkan proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, inisiatif baru itu lebih kompetitif kerana dalam tempoh sebulan, 85 peratus permohonan diluluskan, malah ada syarikat yang permohonannya kurang daripada tiga hari diluluskan.

Menurutnya, empat inisiatif itu merangkumi pertama, kelulusan segera bagi tiga kategori membabitkan fast track proses, fast track audit, dan fast track.

Kedua, proses audit kombo, ketiga, halal expressway, dan ke empat fast lane.

“Pada masa yang sama, Jakim juga memperkenalkan kategori pemohon (syarikat) white list.

“Ia adalah bagi syarikat pemegang SPHM yang komited serta patuh terhadap prosedur dan memberi komitmen yang tinggi terhadap syarat-syarat pensijilan halal,”katanya kepada Dewan Rakyat, di Parlimen bagi menjawab pertanyaan yang dikemukakan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN – Parit Sulong).

Katanya, pelaksanaan inisiatif ini adalah sebagai bukti kerajaan memahami rintihan daripada pihak industri yang sering berdepan masalah tersebut sama di peringat persekutuan mahupun negeri.

“Inisiatif ini telah dilaksanakan di peringkat Jakim dan disusuli ke negeri-negeri di seluruh negara, bermula Ramadan lalu,” katanya.

Sinar Online

 

Comments