Home Tempatan Elak konflik Mahkamah Syariah, Jabatan Mufti

Elak konflik Mahkamah Syariah, Jabatan Mufti

SHARE

ADA dua institusi agama yang sangat signifikan dalam sistem perundangan Islam di Malaysia sejak sebelum merdeka hingga hari ini.

Institusi itu ialah institusi kehakiman atau Mahkamah Syariah dan institusi fatwa atau Jabatan Mufti.

Pada zaman Kesultanan Melaka, mufti menjadi penasihat kepada Sultan yang pada masa itu merangkap ketua hakim untuk membuat keputusan kes. Mahkamah Syariah suatu ketika dahulu dikenali dengan nama Mahkamah Kadi.

Mufti pula pada masa dahulu ditugaskan untuk menasihatkan Sultan dalam hal ehwal agama Islam.

Hakikatnya, tugas mufti kekal hingga hari ini dan dimasukkan dalam undang-undang pentadbiran agama Islam bagi setiap negeri di Malaysia.

Dari segi objektif, kedua-dua institusi itu sama, iaitu berkaitan dengan memelihara kesucian agama Islam serta aqidah umat Islam, selain menjadikan syariah sebagai asas keadilan.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments