Home Tempatan Elak belia terdedah arak, boleh jejas kesihatan mental

Elak belia terdedah arak, boleh jejas kesihatan mental

SHARE

SHAH ALAM – Golongan muda atau belia tidak sepatutnya didedahkan dengan minuman keras kerana boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan mental dan fizikal.

Pengarah Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Sa’ad berkata, umum mengetahui ketagihan arak menyebabkan individu tersebut tidak boleh berfikir secara waras, menjadi pemarah dan boleh mencederakan orang lain.

“Remaja ini memang sifatnya suka mencuba dan merasai sendiri sesuatu benda. Kalau mereka mudah terdedah kepada arak dan dadah, sudah pasti akan ada yang ingin mencuba.

“Daripada mencuba, lama kelamaan mereka akan ketagih. Ini suatu petanda negatif kepada belia dan tidak hairanlah kalau mereka boleh mendapat menyakit kronik ketika masih muda,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengulas  kebenaran kerajaan Pulau Pinang membenarkan pasar raya dan kedai runcit menjual arak beralkohol tinggi di negeri itu suatu tindakan tidak wajar kerana dilihat seolah-olah mempromosikannya kepada umum.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Sinar Online

Comments