Home Antarabangsa Ekstremis Hindu Sembelih Pemuda Islam Sebab Perkahwinan

Ekstremis Hindu Sembelih Pemuda Islam Sebab Perkahwinan

SHARE

Putrajaya: Anggota kumpulan militan Hindu, Hindu Yuva Vahini atau Briged Belia Hindu (BBH) telah membunuh seorang pemuda Islam atas tuduhan membantu seorang wanita Hindu melarikan diri bersama seorang lelaki Muslim, mengikut laporan sebuah portal atas talian, CBS News pada 3 Mei 2017.

Ghulam Mohammad telah dipukul sehingga mati kerana dikatakan salah seorang daripada saudaranya telah melarikan diri bersama dengan seorang wanita Hindu untuk berkahwin. 
 
Mengikut laporan, kumpulan militan Hindu tersebut telah diasaskan oleh seorang Sami Hindu yang juga merupakan Menteri Besar Uttar Pradesh iaitu Ajay Singh Bisht atau lebih dikenali sebagai Yogi Adityanath bermatlamat untuk mengakhiri perkahwinan antara lelaki Islam dan perempuan Hindu di negara itu. 
 
Keahlian kumpulan ini semakin bertambah semenjak Yogi Adityanath menjadi Menteri Besar dan kini kian berpengaruh. Jika dahulunya ianya hanya terbatas di daerah Timur Uttar Pradesh, kini kumpulan militan ini telah meluaskan sayapnya ke seluruh negeri.

Comments