Home Tempatan Ekspresi Seksualiti Bebas, Shell Tarik Balik Gambar Model

Ekspresi Seksualiti Bebas, Shell Tarik Balik Gambar Model

SHARE

Kuala Lumpur – Akibat tindakan ekspresi kecenderungan seksualiti bebas pihak-pihak tertentu ke atas imej model Shell, pihak Shell mengambil langkah untuk tidak lagi mempamerkan gambar tersebut di stesen-stesen minyak milik mereka.

“Kami tidak bersetuju dengan tindakan kurang sopan itu, yang sama sekali dilihat bertentangan dengan budaya Malaysia dan nilai murni Shell,” kata jurucakap Shell sepertimana dilaporkan oleh Astro Awani.

Ekspresi kecenderungan seksual secara bebas dan merdeka telah menjadi topik di negara ini sejak beberapa tahun lepas. Meluahkan ekspresi kecenderungan seksual secara bebas kini sedang diperjuangkan sebagai hak kebebasan bersuara yang dikatakan dibenarkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perlakuan melakukan aksi seksual ke atas patung gambar imej model Shell ini termasuk dalam ekspresi kebebasan seksual si pelakunya yang bertentangan dengan budaya Malaysia.

Imej Nor Shafila Khairusalleh, 25 tahun, menjadi mangsa perbuatan tidak senonoh beberapa pihak yang memuat naik perlakuan seksual songsang mereka ke internet. Beliau mengakui berasa agak kesal dengan tindakan segelintir pelanggan yang sanggup melakukan aksi tidak bermoral serta memalukan ketika bergambar bersama posternya.

Comments