Home Santai@menara Ekspedisi ke Gunung Ledang Yang Mistik

Ekspedisi ke Gunung Ledang Yang Mistik

SHARE

Gunung Ledang yang juga dikenali sebagai Mount Ophir, merupakan sebuah gunung yang terletak di Dearah Tangkak Johor. Dengan ketinggian 1276 meter bersamaaan 4186 kaki dari aras laut ianya merupakan gunung yang ke-6 paling sukar didaki di Malaysia. Bagi peminat aktiviti luaran yang sukakan ujian mental dan fizikal, Gunung Ledang merupakan satu pilihan yang baik untuk anda. Selain itu Gunung Ledang juga sesuai untuk aktiviti perkhemahan.

Sebelum mendaki, anda perlu mengisi borang pengisytiharan atau declaration form iaitu dimana anda perlu mengisi borang untuk melaporkan barang-barang yang dibawa naik, jika anda membawa turun barang kurang dari yang anda istyiharkan, denda sebanyak RM5 untuk setiap barang yang ‘hilang’ akan dikenakan. Sesudah siap mengisi borang, setiap pendaki akan diberi sedikit taklimat mengenai laluan yang akan dilalui dan juga taklimat keselamatan.

Laluan mendaki Gunung Ledang, melalui Sagil

Laluan pertama yang anda akan lalui adalah laluan bertangga di mana laluan ini mempunyai 720 anak tangga untuk didaki. Laluan ini juga diberi nama Tangga Mahligai. Laluan ini agak memenatkan dan menguji ketahanan mental. Demi menaiki anak tangga yang ada anda perlu mengekalkan momentum tubuh anda dengan menjaga pernafasan supaya tidak mudah penat.

Sesudah memanjat tangga-tangga yang ada, anda akan sampai ke checkpoint 1 yang diberi nama Bukit Semput. Sesuai dengan namanya, kerana disini anda akan berehat untuk menghilangkan segala semput yang ada. Dari checkpoint 1 ke checkpoint 2 hanya mengambil masa 15 minit sahaja. Di checkpoint 2, Hentian Meranti, anda boleh berehat sebentar untuk menghilangkan dahaga dan meneruskan pendakian ke checkpoint 3, Batu Orkid.

Untuk ke checkpoint yang ke-4 para pendaki atau dalam bahasa lainnya pendaki akan melangkaui lalauan ini dan terus ke checkpoint 5, Sungai Segi Tiga. Di sini terdapat sumber air bersih, jika bekalan air yang dibawa kehabisan, pengisian semula bekalan air boleh di lakukan di Sungai Segi. Jika sudah lapar boleh makan dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke checkpoint yang berikutnya atau boleh makan di Pucak Gunung Ledang setelah tamat pendakian.

Aktiviti mendaki adalah sangat meyeronokkan kerana di sini kita akan berkenalan dengan kawan-kawan yang baru yang mempunyai semangat setia kawan, serta meminati hobi sama. Selesai sahaja berehat di Sungai Segi Tiga, anda akan dihidangkankan dengan laluan berbatu yang curam, laluan ini dinamakan KFC, bukan Kentucky Fried Chicken tetapi Killing Fitness Centre.

Killing Fitness Centre

Setelah melalui Pendakian yang sukar di KFC, para pendaki akan tiba ke checkpoint 6, Gua Kambing, bagi yang minat bergambar boleh berhenti seketika untuk merakam kenangan di checkpoint ini. Untuk pengetahuan anda setiap pendaki perlu sampai ke puncak Gunung Ledang paling lewat sebelum jam 2 petang, ini kerana dikhuatiri jika terlewat dari masa yang ditetapkan para pendaki akan sampai di kaki gunung pada lewat malam dan akan ini mungkin melibatkan risiko kepada pendaki.

Laluan Bertali mendaki batu hampar

Pendakian sukar berterusan apabila pendaki tiba di laluan Batu Hampar, di mana terdapat banyak batu besar yang curam dan perlu didaki dengan tali, di sini kekuatan tangan memainkan peranan penting untuk memegang kemas tali yang disediakan. Setelah melepasi laluan Batu Hampar, anda akan tiba di Taman Bonsai, permandangan di Taman Bonsai sangat cantik kerana terdapat pokok-pokok yang unik, ini kerana pada ketinggian ini suhu agak sejuk dan flora sebegini sukar di temui di kawasan biasa.

Setelah melalui Taman Bonsai, anda akan tiba di checkpoint 7, Bukit Botak, kawasan ini diberi nama kerana kanopi hutan sudah mula hilang dan ini menandakan bahawa anda sudah hampir sampai ke Pucak Gunung Ledang. Sebelum sampai ke Puncak anda perlu melalui satu lagi cabaran iaitu laluan batu-batu gunung yang besar mengunakan tali dan laluan bertangga yang agak curam dan boleh membuatkan anda sedikit gayat.

Setelah melepasi cabaran bertali dan bertangga, anda akan tiba di checkpoint 8, Puncak Mahligai atau Puncak Gunung Ledang, ini merupakan check point yang terakhir, dan anda bolehlah berehat dan merakamkan gambar kenangan sebanyak-banyaknya di atas Puncak yang mempunyai ketinggian 1276 meter ini. Selepas itu carilah kawasan yang redup dan rata untuk makan tengah hari, memang seronok dapat menikmati makanan beramai-ramai di puncak Gunung Ledang, setelah makan, anda haruslah bersiap sedia turun semula agar tidak sampai ke tapak permualaan selepas gelap.

Puncak Gunung Ledang

Dalam perjalanan turun anda boleh singgah di Ruang Solat yang disediakan di kem senget untuk menunaikan solat zohor dan asar, di sini juga terdapat sumber air dan anda boleh mengisi semula bekalan air sebelum meneruskan penurunan ke kaki Gunung semula. Untuk pengetahuan anda laluan naik dan turun tidak sama.

Aktiviti mendaki gunung sememangnya aktiviti yang mendekatkan diri kita dengan alam, serta memberi ketenangan jiwa, minda dan menjadikan badan semakin sihat dan bertenaga. Perjalanan turun agak laju, kerana laluannya agak mudah, menurun sahaja, dinasihatkan supaya tidak berjalan sorang diri. Sekurang-kuranya bertiga. Gunung Ledang ini banyak mistik dan mesterinya, bagi yang belum pernah mendaki Gunung Ledang boleh la mencubanya.

Penulisan ini telah disumbangkan oleh Nor Hafizah Che Din

Comments