Home Tempatan Duopharma perkukuh integriti halal

Duopharma perkukuh integriti halal

SHARE

CCM Duopharma Biotech Berhad (Duopharma), komited mengukuhkan integriti halal dan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dalam sektor farmaseutikal halal.

Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma, Leonard Ariff Abdul Shatar berkata, Duopharma merupakan syarikat farmaseutikal pertama yang menerima sijil Halal Malaysia untuk ubat preskripsi, yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berdasarkan piawaian farmaseutikal halal pertama dunia.

“Duopharma sentiasa menyokong kuat inisiatif halal. Pelanggan sekarang lebih memilih dan menyedari apa yang dimasukkan ke dalam badan mereka.

“Piawaian ini memastikan semua aktiviti pengeluaran di kilang selaras dengan yang ditetapkan oleh Amalan Pengilangan Baik (GMP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata demikian susulan lawatan selama tiga jam oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ke kilang pengeluaran mereka di Bangi.

Kini Duopharma merupakan syarikat pengeluar GMP–Farmaseutikal terbesar di Malaysia dengan kilang di Bangi, Klang dan Glenmarie.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Sinar Online

Comments