Home Antarabangsa Dunia kutuk, bantah AS buka kedutaan di Baitulmaqdis

Dunia kutuk, bantah AS buka kedutaan di Baitulmaqdis

Turki, Jordan dan Amerika berhimpun tanda solidariti terhadap Palestin

SHARE

ISTANBUL, 29 Syaaban 1439H, Selasa – Walaupun dibantah dan dikritik, namun Amerika Syarikat (AS) tetap berdegil meneruskan keputusannya memindahkan kedutaan negara itu dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, secara rasmi semalam.

Keputusan memindahkan kedutaan itu dibuat Presiden AS, Donald Trump sebaik sahaja mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara rejim pengganas Israel.


7 Tuntutan Kedaulatan Islam
Tindakan berkenaan telah mendorong ribuan penduduk Islam di seluruh dunia mengadakan tunjuk perasaan di jalanan bagi membantah keputusan AS dan kekejaman yang dilakukan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di sempadan Gaza.

Di Istanbul, ribuan penduduk Turki turun di jalanan sebagai solidariti mereka terhadap penganiayaan dan tragedi pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan rejim Zionis.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments