Home Antarabangsa Dunia hadapi krisis kemanusiaan meruncing sejak 1945

Dunia hadapi krisis kemanusiaan meruncing sejak 1945

SHARE
O'Brien (kanan) ketika mengunjungi sebuah kem di Somalia, baru-baru ini. - Foto AP

NEW YORK: Ketua kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata dunia mengalami krisis kemanusiaan terbesar sejak 1945 dengan lebih 20 juta penduduk di empat negara berhadapan kelaparan dan kebuluran.

Stephen O’Brien memberitahu Majlis Keselamatan PBB semalam, bahawa tanpa usaha kolektif dan selaras secara global, penduduk akan mati kelaparan dan ramai lagi akan menderita dan meninggal dunia akibat penyakit.

Beliau menggesa suntikan dana segera kepada Yaman, Sudan Selatan, Somalia dan timur laut Nigeria.

O’Brien berkata, krisis kemanusiaan teruk adalah di Yaman yang menyaksikan dua pertiga penduduk iaitu 18.8 juta, memerlukan bantuan dan lebih tujuh juta lagi tidak tahu di mana hendak mendapatkan makanan.

Katanya, jumlah itu adalah lebih tiga juta penduduk yang menghadapi kelaparan kronik berbanding Januari. – AP

Berita Harian

 

Comments