Home Tempatan Dua peserta Malaysia ungguli hafazan al-Quran Asia Pasifik

Dua peserta Malaysia ungguli hafazan al-Quran Asia Pasifik

Ahmad Luqman, Muhammad Dzulfaqar tewaskan 70 peserta 14 negara

SHARE
Ahmad Luqman Ahmad Zaini (kanan) dan Muhammad Dzulfaqar Mohd Zaini menunjukkan piala johan menghafaz al-Quran kategori 10 juzuk dan 20 juzuk yang dimenangi pada Musabaqah Hafalan Al-Quran ke-10 anjuran Yayasan Sultan bin Abdul Azeez Assaud di Indonesia, setibanya mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. Gambar Bernama

SEPANG, 6 Rejab 1439H, Sabtu – Dua peserta Malaysia berjaya mengharumkan nama negara apabila muncul johan dalam dua kategori pada Pertandingan Musabaqah Hafalan Al-Quran peringkat Asia Pasifik yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 20 Mac hingga dua hari lepas.

Ahmad Luqman Ahmad Zaini, 20, dan Muhammad Dzulfaqar Mohd Zaini, 19, masing-masing dinobatkan sebagai juara bagi kategori hafazan 10 dan 20 juzuk selepas menewaskan 70 peserta daripada 14 negara yang mengambil bahagian.

Berkongsi rahsia kemenangan, Ahmad Luqman berkata, beliau yang mula menghafaz al-Quran sejak berusia tiga tahun tetap berasa gementar apabila terpilih mewakili negara, apatah lagi perlu berdepan dengan peserta dari Indonesia dan Filipina yang ternyata hebat dalam menghafal ayat suci al-Quran.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments