Home Tempatan Dua juruterbang Hawk TUDM terkorban

Dua juruterbang Hawk TUDM terkorban

SHARE

KUANTAN, 21 Ramadan 1438H, Jumaat –  Dua juruterbang pesawat Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang pagi semalam disahkan terkorban.

Juruterbang berkenaan ialah Mejar Hasri Zahari, 31 dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39.

Mayat mereka ditemui kira-kira jam 2.30 petang di kawasan berhampiran Kampung Chukai, dekat Kemaman, Terengganu.

Perkara itu disahkan Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang pada sidang media khas di Pangkalan TUDM Kuantan, semalam.

Pesawat Hawk 108 itu didapati hilang selepas terputus hubungan pada jam 11.30 pagi semalam, setengah jam setelah berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan.

Pesawat itu hilang semasa terbang di sempadan Terengganu dan Pahang di utara Kuantan.

Comments