Home Tempatan Drama Berantai Popular “Nur” Dapat Sentuhan JAKIM

Drama Berantai Popular “Nur” Dapat Sentuhan JAKIM

SHARE

Shahrulezad Mohameddin, pengarah drama berantai popular yang sedang mendapat tempat di hati peminat, ‘Nur’, berkata, skrip drama itu dirujuk terlebih dahulu dengan JAKIM.

“Masa saya dapat projek ni dulu, TV3 tanya dengan saya: ‘Abang nak sentuh macam mana?’ Sebab diorang tak tahu apa yang saya nak buat. Inisiatif TV3 la kata: ‘Bang, baik kita communicate dengan JAKIM macam mana’.”

“JAKIM hanya beritahu kami Do’s and Don’ts. Dan saya pegang Do’s and Don’ts itu sahaja.”

Ujar Ezad lagi dalam wawancaranya bersama Kool FM, dia juga memberitahu tidak akan menyentuh soal hukum-hakam dan Syariah dalam drama arahannya kepada pihak TV3.

“Lepas tu saya cakap dengan team Marlia TV3: ‘Marlia, abang rasa abang takkan sentuh soal-soal hukum-hakam’. Syariah saya tak sentuh langsung, tapi saya ambil pendekatan holistiklah.”

“Dia yang jadi sensitif dengan cerita-cerita macam ni bila melibatkan hadis atau ayat Al Quran la. Nak kena tengok betul-betul.”

Drama Nur yang sedang meningkat naik popularitinya lakonan Shafiq Kyle dan Amyra Rosli ini memulakan episodnya pada 14 Mei dan akan bersiaran sebanyak 19 episod di Slot Samarinda TV3 dikatakan telah berminggu-minggu trending.

Comments