Home Tempatan Dr Noor Hisham dilantik Ahli Majlis Tertinggi ISS

Dr Noor Hisham dilantik Ahli Majlis Tertinggi ISS

SHARE
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Sumber Gambar: Says.com

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Eksekutif Komuniti Pakar Bedah Antarabangsa (ISS), untuk tempoh lima tahun.

Dr Noor Hisham menerusi kenyataan di Facebook rasmi beliau, berkata pelantikan mewakili Malaysia itu akan berkuat kuasa pada 17 Ogos ini untuk tempoh dua penggal, yang diperbaharui setiap dua tahun.

“Saya kini menghadiri ISS, Societe Internationale de Chirurgie (SIC) di Pusat Persidangan Basel, Switzerland.

“Saya dilantik sebagai ahli majlis tertinggi atau eksekutif dewan untuk tempoh lima tahun (2017-2019 dan 2019-2021). Ini (lantikan) satu penghormatan untuk saya dan negara, menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat dunia,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Dr Noor Hisham turut memuatnaik surat makluman lantikan bertarikh 13 Jun lalu, yang ditandatangani Setiausaha ISS SIC, Ken Boffard.

Berita Harian

Comments