Home Tempatan Doktor Malaysia Ke-5 Paling Ramai di UK

Doktor Malaysia Ke-5 Paling Ramai di UK

SHARE

Petaling Jaya, Selangor: Warganegara kelima yang paling ramai berkhidmat sebagai doktor di United Kingdom’s National Health Service (NHS) adalah dari Malaysia, demikian lapor Free Malaysia Today.

Berdasarkan laporan, seramai 1548 doktor Malaysia sedang berkhidmat di sana manakala setakat bulan September 2017, seramai 2201 rakyat Malaysia telah didaftarkan sebagai pekerja (di NHS) menjadikan rakyat Malaysia populasi ke-16 terbesar berkhidmat di NHS.

Walau bagaimanapun, tiada rekod berkenaan rakyat Malaysia yang bekerja di dalam bidang lain di negara itu selain bidang kedoktoran.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini menyatakan bahawa negara masih kekurangan pakar perubatan keluarga untuk ditempatkan di semua 967 klinik kesihatan di seluruh negara.

Menurut Fakta Kesihatan 2016 pula, Malaysia hanya mempunyai 46,491 doktor berkelayakan dengan nisbah pesakit 1:656.

Comments