Home Tempatan Doa untuk rakyat Palestin

Doa untuk rakyat Palestin

SHARE
SEBAHAGIAN komuniti Palestin bersama umat Islam berarak di bandar New York bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman Israel dan memprotes tindakan Amerika Syarikat membuka kedutaan negara itu di Baitulmuqaddis. - GAMBAR HIASAN/AFP

Bismillahirahmanirrahim

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Lindungi rakyat Palestin yang dizalimi di bumi mereka dan di tanah asing.

Ya Allah, mengapa malangnya nasib mereka. Menjadi mangsa kerakusan rejim gilakan kuasa. Rejim bertuhankan dunia.

Ya Allah, kurniakan ketabahan, kesabaran dan kekuatan kepada mereka yang syahid kerana memperingati peristiwa An-Nakba 70 tahun lalu.

Ya Allah, kami sedar kami lemah kerana tidak sekuat rejim yang tidak berhati perut itu. Jauhkan kami dari kelompok manusia sebegitu.

Ya Rahim, kurniakan perpaduan dalam kalangan kami agar dapat terus menentang musuh kemanusiaan.

Ya Allah, hindarkan kami dari kehancuran akibat ego, tamak dan benci yang tidak memberi manfaat buat kami dan rakyat Palestin.

Ya Allah, kami masih merasakan panasnya darah Dr. Fadi (Mohammed Al Batsh) yang syahid di bumi Malaysia ini. Lindungilah saudara mara arwah dan bangsanya dari petualang durjana.

Ya Allah, kurniakan kekuatan kepada saudara kami yang selama ini sanggup bersabung nyawa belayar di atas Mavi Marmara untuk menghantar ubat, baju panas dan makanan.

Ya Allah, menjelang Ramadan yang mulia. Kami sedar ada hati yang sedih kehilangan segalanya. Tabahkan hati mereka.

Ya Allah, kurniakan penyelesaian masalah kepada rakyat Palestin di Tebing Barat. Sudah hampir seabad mereka merempat di bumi sendiri.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments