Home Tempatan Doa Satu Sistem Undang-Undang, Katolik Tolak Mahkamah Anak Negeri?

Doa Satu Sistem Undang-Undang, Katolik Tolak Mahkamah Anak Negeri?

SHARE

Baru-baru ini telah dilaporkan bahawa sekumpulan paderi Katolik, berkumpul dan berdoa supaya hanya satu sahaja sistem undang-undang yang wujud di negara ini.

Berikutan dengan itu, pihak Menara.my telah merujuk kepada beberapa orang peguam berkaitan, ternyata memang terdapat beberapa sistem undang-undang yang wujud dan dibenarkan untuk berjalan di Malaysia.

Selain sistem undang-undang sivil dan syariah, sistem Mahkamah Anak Negeri juga turut dibenarkan wujud dalam kerangka undang-undang Malaysia.

Kuasa menubuhkan Mahkamah Anak Negeri terdapat di dalam Butiran 13, Senarai IIA Senarai Perundangan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Akta Mahkamah-Mahkamah Anak Negeri (Bidangkuasa Jenayah) 1991 (Akta 471) pula merupakan Akta yang diwartakan di Parlimen dan mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bagi memberikan kuasa-kuasa menghukum kepada Mahkamah Anak Negeri di Sabah dan Sarawak.

Apabila kumpulan paderi Katolik tersebut berkumpul dan mendoakan supaya negara ini hanya mempunyai satu sistem undang-undang, apakah sistem yang mereka mahu batalkan sehingga tinggal hanya satu sistem? Apakah mereka hanya mahukan sistem Sivil dan menolak sistem Syariah dan sistem Mahkamah Anak Negeri?

Sistem Syariah, Sivil dan Mahkamah Anak Negeri telah berjalan tanpa sebarang masalah kecuali polemik-polemik yang ditimbulkan oleh pihak-pihak dengan kepentingan tertentu.

Kumpulan paderi Katolik ini, harus menghayati prinsip-prinsip Rukunegara sebelum menjalankan apa-apa upacara keagamaan yang tidak menepati syarat aman dan damai sepertimana yang diwajibkan di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Mereka harus belajar untuk menghayati prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang supaya perkara-perkara sensitif seperti ini tidak dipolemikkan dengan lebih jauh.

Comments