Home Antarabangsa Dituduh Berdakwah, Pemuda Muslim Dikapak dan Dibakar

Dituduh Berdakwah, Pemuda Muslim Dikapak dan Dibakar

SHARE

India: Seorang pemuda Muslim, Mohammad Bhatta Sheikh telah dikapak dan kemudiannya dibakar hidup-hidup atas tuduhan berdakwah.

Menurut India Today, pembunuh yang dikenal pasti sebagai Shambhu Nath Raigar melakukan pembunuhan tersebut menggunakan peralatan pertanian.

Sumber dari Sputnik News menjelaskan bahawa mangsa masih hidup ketika dibakar atas tuduhan “sedang menjalin hubungan mesra dengan seorang gadis demi berdakwah dan mengislamkan gadis itu”.

Tindakan Mohammad Bhatta untuk berdakwah kepada seorang gadis Hindu tidak disenangi oleh Shambhu.

Menurut Shambhu, apa yang dilakukan (dakwah) itu adalah satu perangkap yang dibuat oleh pemuda-pemuda Islam di India dan pembunuhan itu dilakukan demi “menyelamatkan” gadis itu.

“Janganlah masuk ke dalam perangkap (dakwah) yang dibuat oleh lelaki Islam. Saya buat perkara ini untuk menyelamatkan gadis yang telah jatuh ke dalam perangkap itu.”

Setelah membakar Mohammad Bhatta itu, Shambhu kedengaran berkata, “Ini adalah akibatnya sesiapa yang membuat perkara (dakwah) ini, aku akan cari dan aku akan bunuh setiap seorang itu dengan cara sebegini.”

Demi menunjukkan natijahnya kepada mereka yang cuba berdakwah, pembunuh berkenaan kemudiannya memuat naik video tersebut ke internet.

Comments