Home Tempatan Diskaun tol sempena Tahun Baharu Cina

Diskaun tol sempena Tahun Baharu Cina

SHARE

KUALA LUMPUR – Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menawarkan diskaun tol 10 peratus bermula 6 pagi, Sabtu ini (10 Februari) hingga 6 pagi, Ahad (11 Februari) menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Kadar tol selepas diskaun yang dikenakan kepada pengguna Lebuhraya SMART adalah RM2.70 berbanding kadar biasa RM3 untuk setiap hala masuk atau keluar di ibu negara.

“Diskaun tol yang diberikan tahun ini istimewa kerana lebih awal berbanding tahun sebelumnya sebagai tanda keprihatinan kami kepada pengguna Lebuhraya SMART,” kata Ketua Pegawai Operasi Lebuhraya SMART Sharifah Alauyah Wan Othman dalam kenyataan.

Beliau berharap orang ramai mengambil kesempatan itu dengan menggunakan lebuh raya berkenaan untuk membeli-belah di pusat bandar sebagai persiapan menjelang perayaan berkenaan.

Dalam  kenyataan berasingan, Maju Expressway Sdn Bhd berkata, ia menawarkan  diskaun tol 10 peratus kepada semua kelas pengguna Lebuhraya Maju (MEX) bermula 12 tengah malam sehingga 11.59 malam pada Tahun Baharu Cina.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Sinar Online

Comments