KUALA LUMPUR: Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) menawarkan diskaun dan rebat tol bagi 20 lebuh raya sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
PSKLM dalam kenyataannya menyebut, pengguna Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Cheras – Kajang (Grand Saga), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (ECE 1) dan jambatan kedua Lebuhraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, akan menikmati diskaun 10 peratus pada 9 Mei, bermula jam 12 tengah malam hingga jam 11.59 malam hari sama.
Diskaun 10 peratus juga akan dinikmati kenderaan kelas satu di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak (KLK), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Maju (MEX) dan Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (GRAND SEPADU).
Untuk berita penuh sila klik di sini
