Home Antarabangsa Dirogol Beramai-ramai Namun tidak dibela kerana Kastanya

Dirogol Beramai-ramai Namun tidak dibela kerana Kastanya

SHARE

Putrajaya: Bhanwari telah dirogol beramai-ramai di depan suaminya pada tahun 1992. Setelah 25 tahun, Bhanwari Devi yang kini berumur 56 tahun masih menunggu pengadilan yang sewajarnya ke atas penjenayah-penjenayah yang telah menjatuhkan maruahnya.

Hal ini dilaporkan dalam sebuah laporan yang dibuat oleh British Broadcasting Corporation (BBC) pada 17 Mac 2017, “Bhanwari Devi: Rogol yang menjadi punca undang-undang gangguan seks di India”, sambil mengenang jasa ikon perjuangan hak asasi wanita India tersebut.

Pada satu hari, sewaktu Bhanwari sedang bekerja di ladang dengan suaminya pada waktu senja, suami Bhanwari telah dibelasah oleh beberapa oleh lelaki dengan kayu. Bhanwari lari untuk membantu suaminya dengan merayu kepada penyerang-penyerang itu supaya berhenti, namun dua daripada penyerang-penyerang menahan suaminya manakala baki penyerang-penyerang itu mengambil giliran merogol Bhanwari

Bhanwari telah dirogol oleh lelaki-lelaki Hindu dari kasta tinggi kerana menghalang perkahwinan seorang kanak-kanak Gujjar yang berumur sembilan bulan.

Namun demikian negara yang pernah dikatakan oleh aktivis tempatan sebagai contoh negara sekular yang menjamin hak asasi semua warganegaranya termasuk minoriti, kali ini gagal mempertahankan hak asasi seorang wanita kerana kastanya.

Hakim-hakim dalam kes Bhanwari telah ditukar sebanyak lima kali dan perogol-perogol itu telah dibebaskan atas pelbagai alasan termasuk:

  • Seorang dari kasta tinggi tidak akan merogol seseorang dari kasta rendah.
  • Tidak mungkin suaminya mendiamkan diri sewaktu isterinya dirogol.
  • Ketua kampung tidak boleh merogol

Undang-undang tidak sepatutnya membeza-bezakan antara dua darjat, namun inilah hakikat kehidupan di negara yang menjadi tauladan pendokong-pendokong agenda sekularisme di Malaysia.

Comments