Home Tempatan Dentum, bumbung stesen LRT pecah diterbang angin

Dentum, bumbung stesen LRT pecah diterbang angin

SHARE

KUALA LUMPUR, 4 Mac — Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya ditutup sementara waktu berikutan beberapa kepingan bumbung stesen diterbangkan angin susulan hujan lebat dan angin kencang yang melanda Petaling Jaya dekat sini tengah hari semalam.

Menurut kenyataan Prasarana Malaysia Berhad, tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan.

“Pihak operasi LRT Laluan Kelana Jaya bertindak menutup stesen LRT Kelana Jaya atas faktor keselamatan,” katanya.

Susulan itu, tren dari Gombak ke Putra Heights dan sebaliknya akan melalui stesen LRT Kelana Jaya tanpa berhenti mengambil penumpang.

Pengguna dari Gombak atau Putra Heights yang ingin ke stesen Kelana Jaya harus turun di stesen Taman Bahagia untuk menaiki bas perantara ke stesen Kelana Jaya, kata kenyataan itu.

Pengguna diminta mendapatkan maklumat terkini menerusi Facebook dan Twitter Rapid KL bagi status terkini perkhidmatan LRT.

Untuk berita penuh sila klik di sini

The Malay Mail Online

Comments