Home Antarabangsa Denmark: Umat Islam didakwa bawa mudarat bila berpuasa

Denmark: Umat Islam didakwa bawa mudarat bila berpuasa

SHARE

HELSINKI 24 Mei – Menteri Integrasi Denmark, Inger Stoejberg menegaskan umat Islam yang berpuasa dalam bulan Ramadan tidak seharusnya bekerja kerana tindakan itu berbahaya dari segi keselamatan bagi pekerjaan ter­tentu.

Ini kerana tempoh berpuasa yang panjang boleh membahayakan pekerja dalam beberapa bidang tertentu dan menyebabkan ibadah itu ‘membahayakan untuk semua’.

Stoejberg yang merupakan anti pendatang dalam isu imigresen bagi kerajaan berhaluan kanan Denmark mempersoalkan sejauh mana kesesuaian rukun Islam yang berusia 1400 tahun’ dengan amalan pasaran buruh yang mo­den.

Dalam kenyataannya yang disiarkan dalam akhbar tabloid BT, menteri itu memberikan contoh prestasi pemandu bas yang boleh terjejas kerana tidak makan dan minum pada siang hari dalam bulan Ramadan ini.

Beliau mendesak semua umat Islam di negara-negara Nordic supaya bercuti sepanjang Ramadan bagi ‘mengelak kemungkinan buruk berlaku terhadap masyarakat Denmark.’

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments